Senin, 05 Maret 2012

CARA BERPANTUN

CARA BERPANTUN Posted on 10 October 2011. Berbalas pantun biasanya melibatkan dua orang. Seorang menjual dan seorang lagi membeli. Berpantun untuk pertandingan boleh dibuat dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga atau empat orang. Cara berpantun tidak seperti bersyair yang berlagu. Hanya lontarkan suara dengan jelas. Menjual atau membeli pantun perlu bijak supaya yang mendengar terkesan akan maksudnya. Aktiviti berpantun ini boleh dilakukan di sekolah sebagai kegiatan kokurikulum. Jika di rumah boleh dijadikan sebagai acara keluarga atau untuk memeriahkan sesuatu majlis. Contoh berbalas pantun: Penjual Sambil berjalan sambil berlari, Bawa kelapa sama halia; kalau kawan bijak bestari. Bunga apa terbesar di dunia ? Pembeli Sungguh indah negara Malaysia, Bagunan bertingkat menjulang megah; Jawapannya mudah bunga Refflesia Cuba lihat di negeri sabah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar